(Video) Geng Konvoi Motorsikal ‘Tunjuk Hebat’ Salahguna Lorong Tol Akhirnya Ditampar Pengawal Keselamatan

Trending

(Video) Geng Konvoi Motorsikal ‘Tunjuk Hebat’ Salahguna Lorong Tol Akhirnya Ditampar Pengawal Keselamatan

Sudah pastinya setiap pengguna jalanraya ada lorong yang disediakan khas untuk kenderaan masing-masing. Terutamanya untuk penunggang motorsikal, ada lorong khas untuk mereka berbeza dengan pemandu kenderaan yang lain.

Tetapi entah kenapa, geng konvoi motorsikal ini dengan sengaja menyalahgunakan lorong di tol sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Bukan saja seorang dua malah berpuluh-puluh geng dari konvoi itu menyalahgunakan lorong tol.

Advertisement

Kejadian yang dipercayai berlaku di Plaza Tol Kampung Lekir Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Setiawan itu kemudian menambahkan kemarahan pengawal keselamatan yang berada di situ. Sehinggakan dia bertindak menampar semua penunggang motorsikal yang berada di lorong itu.

Reaksi netizen

Ramai netizen yang cukup berpuas hati melihat pengawal keselamatan menghalau dan melempang semua penunggang motorsikal itu. Mungkin disebabkan sikap tegas pengawal keselamatan itu juga berjaya menakutkan penunggang motorsikal yang lain.

“Haha terbaik pak cik. Orang bayar tol kau yang lalu. Tak pasal-pasal dia kena bayar lagi.”

facebook

“Patut ye tahan je dorang tu. Pastu call polis biar dorang dapat surat cinta bagi pengajaran sikit.”

facebook

Memang ramai yang cukup puas hati melihat mereka ni ditampar oleh pengawal keselamatan. Ini baru namanya, tak ada pasal pergi cari pasal. Buat apa lah nak menyusahkan orang lain, kalau dah ada lorong untuk motorsikal sendiri kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...