(VIDEO) “Gelinya”- Tular Lelaki Uli Adunan Kek Sampai Ketiak, Netizen Naik Loya Tengok Cara Masak

Kehidupan

(VIDEO) “Gelinya”- Tular Lelaki Uli Adunan Kek Sampai Ketiak, Netizen Naik Loya Tengok Cara Masak

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki sedang ‘asyik’ mengadun bahan-bahan untuk membuat kek.

Video pendek itu ternyata telah mengundang rasa loya dalam kalangan netizen kerana proses pembuatannya yang sangat jijik dan menggelikan.

Advertisement

Dalam hantaran yang dimuatnaik ke Facebook itu, terlihat seorang lelaki memakai singlet kelabu sedang menguli adunan tepung dalam sebuah periuk besi dengan menggunakan tangannya.

Tidak memakai sebarang sarung tangan ataupun berpakaian lengkap, lelaki itu telah menyeluk sehingga paras siku selain memecahkan telur yang belum dibersihkan ke dalam adunan itu.

kek tangan

Malah, mesin pengadun juga kelihatan berkerak dan dipenuhi daki kotoran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli dan turut meminta pengusaha makanan agar lebih menjaga kebersihan ketika membuat makanan.

“Waktu dia lurutkan bancuhan kat lengan tu naik kejap bulu tengkuk aku” komen netizen.

burger
2 years ago

"3 Kali Tanya Betul Ke Harga.." - Wanita Terkejut Burger Ayam 'Special' Tepi Jalan RM23

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...