(VIDEO) Gelandangan ‘Popular’ Didakwa Makin ‘Demand’, Paksa Orang Beri Duit – “Dia Mengamuk, Siap Baling Makanan”

Kehidupan

(VIDEO) Gelandangan ‘Popular’ Didakwa Makin ‘Demand’, Paksa Orang Beri Duit – “Dia Mengamuk, Siap Baling Makanan”

Perkongsian seorang individu di TikTok mencuri perhatian selepas dia menceritakan tentang seorang gelandangan yang didakwa naik angin ketika diberi bantuan makanan.

Tulis individu itu, dia telah berjalan di sekitar Chow Kit untuk membuat agihan ‘chicken tenders’ hasil sumbangan orang ramai kepada gelandangan.

Advertisement

Namun menurutnya, makanan itu telah dibaling ke lantai oleh seorang gelandangan wanita yang didakwa mengamuk berpunca kerana tidak diberikan makanan lebih apabila diminta.

Dia minta dua untuk anak kucing dia. Siap buang makanan itu. Aku takut nak rakam selebihnya, tetapi memang kenyang makan maki.

Dakwanya lagi, wanita berkenaan turut menagih wang secara paksa dan terus mengamuk apabila tidak mendapat duit seperti diinginkan.

Dia muncul tidak tahu dari mana minta duit aku tak bagi juga, lagilah dia mengamuk, campak makanan dan aku ‘speechless’. Penat aku goreng, bungkus dan orang buang begitu je.

@tend.onect tunaikan infaq hrtu. tp kena maki sebakul dgn dia. allahu. sabar jelah. #infaq #fyp #homeless ♬ original sound – Tend.One

gelandangan Hawa baling makanan infaq

Menjengah ruangan komen, ternyata ramai yang mengenali gelandangan itu yang dikenali sebagai Hawa selepas individu lain berkongsi tentangnya di TikTok.

Bagaimanapun rata-ratanya berkata Hawa kini sudah lain dan tidak seperti sebelum ini semenjak tahu dirinya dikenali di media sosial.

gelandangan Hawa makin demand

Dalam pada itu, sesetengah individu mencadangkan agar masyarakat turut tidak melupakan pelajar universiti yang juga turut memerlukan bantuan makanan.

Normalise pergi asrama universiti, malam-malam ramai pelajar kelaparan.

sedekah makanan untuk pelajar

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-09 09:35:46

3 Remaja Hina Beri Sisa Makanan, Identiti Sebenar Gelandangan Terbongkar!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...