Peminat hiburan tanah air semestinya tahu tentang keakraban maestro muzik, Datuk Ramli MS dengan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.
Sudah tentu, Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram turut mengenali dan sudah biasa dengan anak-anak Nabil terutamanya yang sulung, Nayla Mikayla atau Mika.
Mika kini mencuri tumpuan ramai sejak dia terpilih dan mula terbabit dalam dunia pengacaraan melalui program realiti The Chosen One, musim ketiga sebagai ‘support sister’.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, ramai yang terhibur selepas menonton gelagat Tok Ram mengusik Mika ketika dia menjadi juri di sebuah pertandingan nyanyian.
Ketika diajukan soalan, Tok Ram dilihat terganggu dan tidak dapat beraksi serius kerana katanya wajah Mika begitu iras dan nampak seperti Nabil yang memakai tudung.
Mika kemudian tidak dapat menahan ketawa dan kedua-dua mereka nampak begitu natural apabila berborak memandangkan Tok Ram dan Nabil memang sangat rapat.
Aku tengok kau, aku tengok (macam) muka bapak kau. Eh, telinga besar tak? (macam Nabil).
Remaja berusia 13 tahun itu pual kemudian seperti tersalah tanya dan tidak fokus membuatkan Tok Ram bergurau dan menyuruhnya belajar dengan bapanya untuk menjadi pengacara.
Pergi belajar dengan bapak kau la. Kirim salam dengan BAPAK kau.
@bynsaaa hahaha tokram jumpa anak nabil #fyp #talktomymanager ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Video itu meraih perhatian ramai dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat Tok Ram mengusik anak dara Nabil itu dan ada juga yang memuji kecantikan Mika.
Dalam pada itu, sesetengah individu akui sebelum ini menganggap remaja tersebut seorang yang introvert namun tidak menyangka bahawa Mika mempunyai perwatakan riang.