Seperti yang sedia maklum, umat Islam telah menjalankan ibadah puasa sekaligus menjalankan ibadah solat sunat tarawih pada hari pertama berpuasa di bulan Ramadan.
Justeru, tular di laman TikTok dengan satu video yang memaparkan gelagat antara ibu dan anak lelakinya sewaktu solat sunat tarawih di rumah.
Segelintir individu ada yang memilih untuk menunaikan solat sunat witir usai solat sunat tarawih namun ada juga yang memilih untuk menunaikannya pada waktu lain. Namun, lain pula yang berlaku antara ibu dan anak ini dimana si ibu ingin menunaikan solat witir selepas solat tarawih manakala si anak ingin melakukannya pada waktu lain.
Dengan nada bergurau si anak mengatakan yang dia ingin membaca surah yang panjang sewaktu solat sunat witir.
“Tak nak lah nak surah pendek. Cepatlah Umi dah penat” – si Ibu
Kelihatan si anak suka kerana dapat menyakat ibunya yang hanya ingin solat sunat witir dengan surah pendek.
Rata-rata netizen memuji dan tertarik dengan gelagat dua beranak ini kerana layanan si anak terhadap ibunya.