Lumrah kehidupan berkeluarga, pasti ada ‘rencah’ yang memecahkan suasana hening. Bukan sahaja perangai anak-anak, malah ibu-bapa kita pun mesti ada satu karakter yang menghiburkan hati kan.
Perkongsian gadis ini di laman Tiktok baru-baru ini mendapat perhatian netizen dek gelagat bapanya yang mencuit hati.
Nak dijadikan cerita, bapanya ini memang tak boleh berenggang dengan kerepek kegemarannya. Setiap kali momen dirakam anak, pasti si bapa ini akan bermain telefon dan mengunyah kerepek di tepi.
Lebih lucu tu apabila si bapa enggan berkongsi kudapan tersebut. Walaupun si anak meminta, bapanya siap letak siku lagi dengan gaya yang ‘bapak-bapak’ sangat. Haha!
Paling membuat netizen terbahak tu, apabila rakaman akhir menunjukkan si bapa sampai terlentok bersebelahan balang kerepek yang terbuka.
Menerusi ruangan komen, rata-rata turut mengaitkan gelagat lelaki ini dengan bapa-bapa mereka.
Memang lucu habis. Layankan jelah..semoga korang semua terhibur!