Hantaran dimuat naik Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila kelakuan usahawan itu dikatakan tidak seperti biasa.
Menerusi TikTok, Aliff telah berkongsi deitk ketika pertemuannya dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sebuah majlis tertutup.

Ketika pertemuan tersebut, Aliff sempat mempromosikan salah satu produknya yang laris iaitu jeruk mangga kepada Tengku Hassanal yang baru keluar dari tandas pada waktu itu.
Apa yang mencuri perhatian warganet adalah Aliff yang sinonim dengan perwatakan ceria dan riuh itu dilihat sopan dan begitu menjaga tingkah lakunya di depan Tengku Hassanal.
Rata-ratanya terhibur melihat tingkah laku usahawan berkenaan dan ada yang menegurnya seperti gagap mahu berbicara dengan baginda.
Mungkin kerana perasaan gemuruh dan menghormati kerabat diraja namun ada juga yang berseloroh perwatakan Tengku Hassanal lebih kurang sama dengan anak sulung Aliff iaitu Ammar Ahyan.