Setiap orang yang sudah mempunyai lesen, pastinya ada pengalaman belajar di sekolah memandu.
Untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang asas, memandu kereta atau menunggang motosikal sudah semestinya membuatkan individu berkenaan berasa gemuruh.
Berikutlah kisah yang dikongsikan oleh seorang guru di sekolah memandu di akaun TikTok miliknya yang dikenali @ery_halim di mana kereta yang digunakan oleh pelajar telah masuk ke dalam longkang.
Video tersebut menunjukkan tayar hadapan bahagian kiri Perodua Axia tersekat dan orang ramai berusaha untuk menolong mengeluarkan kereta berkenaan.
Video itu berjaya meraih tontonan sebanyak 2.4 juta di TikTok dan beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka semasa mengambil ujian memandu.