Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Ganggu Pemuzik Jalanan Di London, Netizen Minta Aliff Syukri Jangan Malukan Rakyat Malaysia

Mengakui terlalu tertekan kerana tangki air istana mewahnya bocor baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri kini sedang bercuti di kota London untuk menenangkan fikirannya. Namun, seperti biasa aksi usahawan kosmetik ini di luar negara pasti akan mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Aliff dilihat mengganggu seorang pemuzik jalanan di London apabila tiba-tiba secara sengaja mencelah pemuzik tersebut yang sedang mencari rezeki dan menyanyikan lagu Abang Nak Tegur.

Sudahlah tempo tidak selari dengan muzik yang dimainkan, Aliff turut mengundang rasa kurang senang pemuzik tersebut sehingga beliau dihalau.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap perbuatan Aliff itu biadap, menjengkelkan dan hanya menjejaskan periuk nasi orang lain. Mereka turut meminta agar beliau tidak memalukan rakyat Malaysia dengan kelakuan yang tidak wajar ketika berada di negara orang.

Advertisement

Berikut antara respon netizen :-

Beberapa kali kami lihat Aliff sering sedih kerana menerima kecaman daripada netizen, tetapi apa yang beliau lakukan sebenarnya mengundang kepada perkara tersebut . Tidak salah untuk kongsikan apa aktiviti seharian ataupun ketika bercuti di luar negara, tetapi bukan semuanya harus dimuat naik di media sosial.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 Comments

  1. Anzalna lawa

    February 13, 2018 at 3:50 pm

    Saya rasa, aliff ni suka bertindak sebelum berfikir. Mesti dia tidak buat research dulu sebelum nak pergi travel. Tiada adab lah ganggu orang macam tu. Bila kau kaya tapi otak miskin dengan ilmu. Hihi

  2. Anonymous

    February 12, 2018 at 9:06 pm

    X guna bising dekat sini.. please2 report and block his IG/fb beramai2 please. Let him know that netizen are more powerful than him

  3. Anonymous

    February 12, 2018 at 1:55 pm

    Member cameraman dia pun sama bingai dan bengap:

    Aliff: HAHAHAHAHAHA (suara ketawa bapok)

    Cameraman: Kenapa Dato? Dia cakap apa?

    Aliff: Dia suruh aku pergi hahaha

    Cameraman: Kenapa Dato? Sebab tak sedap ke?

    MEMANG TAK SEDAP LA MANGKUK HAYUN!!! BODOH!!

  4. Tk

    February 12, 2018 at 1:54 pm

    orang jadi desperate attention seeker ni worst still klu deme juga suffer from imbecile character. So take care ya. Maap ckp omputih jap

  5. Noname

    February 12, 2018 at 1:47 pm

    In the first place ..apa niat dia…show off whats money can buy…fame..
    Make fun n fool of others cm dia buat kt peniaga songkok dulu..
    Music is an art bkn sekadar org tu cari duit..respect him while playing his instrument..org tu x gila cm aliff syukri…kau upload video bodoh kau tu n hrp nama kau disebut x putus2…even jack ma founders alibaba x pernah upload kekayaan bahkn x putus2 beri panduan n motivasi…shameless..nmpk sgt x berpelajaran..x beradab wlu kaya..

Loading...
To Top