Video Gaduh Dengan Isteri Kedua, TS Musa Hassan Pesan Jangan Masuk Campur – “Siapa Buat Spekulasi Akan Berdepan Tindakan Undang-Undang”

Trending

Video Gaduh Dengan Isteri Kedua, TS Musa Hassan Pesan Jangan Masuk Campur – “Siapa Buat Spekulasi Akan Berdepan Tindakan Undang-Undang”

Tular sejak lewat petang semalam, satu rakaman yang menunjukkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bergaduh dengan isteri keduanya.

Video tersebut dirakam sendiri oleh wanita itu di dalam sebuah kediaman dan seorang kanak-kanak lelaki turut berada bersama mereka di situ.

Advertisement

Susulan penularan video itu, ramai netizen membuat spekulasi dan tak kurang juga warganet yang memerlinya kerana memakai helmet ‘steng’ memandangkan beliau merupakan seseorang berjawatan tinggi dahulu.

Kurang jelas tentang apa yang menjadi isu namun wanita tersebut tidak henti-henti meminta beliau memulangkan telefon bimbitnya.

Netizen turut menyuarakan kebimbangan mereka dengan kanak-kanak itu yang boleh mengalami tekanan emosi atau trauma disebabkan melihat pergaduhan orang tuanya depan mata.

Bagaimanapun, Musa yang sedar akan penularan video berkenaan di media sosial meminta orang luar tidak masuk campur dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.”

Setakat ini, video tersebut yang dimuat naik di Twitter telah menerima lebih 9,000 retweets dan lebih 500 komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Tular Remaja Bawah Umur Diperkosa Inspektor Dalam IPD, Forensik Jumpa Tompokan Mani Pada Cadar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...