(VIDEO) Gadis Kongsi Cara Mudah Hidupkan Unggun Api Dengan 5 Bahan Sahaja

Trending

(VIDEO) Gadis Kongsi Cara Mudah Hidupkan Unggun Api Dengan 5 Bahan Sahaja

Antara aktiviti yang perlu ada ketika berkhemah ialah menghidupkan unggun api untuk dijadikan tempat memasak atau ‘pemanas’. Ia sangat menyeronokkan apabila semua ahli bekerjasama melakukannya.

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang pelbagai cara untuk menghidupkan unggun api seperti lebih mudah bila menggunakan ranting halus atau guna daun kering asalkan api boleh dihidupkan.

Advertisement

Terbaru, seorang pengguna Tik Tok telah berkongsi cara mudah untuk hidupkan unggun api menggunakan arang. Tambah menarik, gadis itu tidak menggunakan ‘fire starter’ sebaliknya dia hanya gunakan cebisan kotak telur, tisu dan minyak.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan boleh dicari dari dapur rumah. Antaranya ialah arang, kotak telur, tisu, minyak dan kipas atau sumber angin.

unggun api untuk membakar

Cara mudah ini dimulakan dengan menyusun arang menjadi bentuk menara dan pastikan ada lubang di ruang tengah. Kemudian, bakar hujung tisu yang telah dicarik dan letak di tengah ruang menara itu.

Untuk jadikan api marak dengan cepat, renjiskan minyak sedikit demi sedikit. Jangan lupa untuk kipaskan api agar anginnya dapat meniup api dan jadi lebih marak. Apabila api sudah marak dan arang menjadi kelabu, itu menandakan anda boleh siap memanggang.

Tonton video ini untuk kefahaman lebih mudah. Selamat mencuba

SUMBER 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...