Sebelum ini, pelanggan dibenarkan memilih syarikat courier untuk penghantaran barang di aplikasi Shopee. Namun, dilaporkan bermula tarikh 17 Jun pelanggan sudah tidak dapat untuk memilih syarikat courier pilihan mereka seperti sebelum ini.
Ekoran itu, ramai yang kecewa tentang pengumuman tersebut kerana terdapat beberapa servis penghantaran daripada syarikat pilihan yang lebih sesuai di kawasan mereka.
Walau bagaimanapun, korang tak perlu risau sebab salah seorang pengguna TikTok, @rara berkongsi salah satu tips menerusi video yang dimuat naik iaitu cara untuk mengetahui jenis courier yang digunakan oleh seller sekaligus pelanggan dapat memilih syarikat courier yang bersesuaian dengan kehendak mereka.
Terdapat pelbagai jenis pilihan syarikat courier boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan. Semoga tips ini dapat membantu orang ramai untuk berbelanja.