Jika berkunjung ke rumah atuk nenek atau mungkin memiliki rumah kayu, kita pasti pernah perasan lantai jarang atau berlubang yang dibuat dalam kebanyakkan rumah tradisional kayu.
Buat yang tidak tahu, pasti tertanya-tanya apakah fungsi lubang itu kan? kenapa ianya dibuat dalam rumah? Haa, jom sama-sama kita baca.
Menerusi video yang dikongsi di aplikasi Tik Tok bernama Taqiuddin Tabarani, lantai jarang atau berlubang itu sebenarnya bertujuan untuk memudahkan pengurusan jenazah.
Sekiranya terdapat penghuni rumah itu meninggal, jenazah akan dipindahkan dekat dengan lubang itu untuk memudahkan proses memandikan jenazah.
Tambah Taqiuddin, falsafah orang melayu adalah “Rumah ialah perjalanan hidup kita”. Justeru itu, di rumahlah kita banyak habiskan masa seumur hidup dan tempat itu juga yang kita akan gunakan sebelum kita pergi buat selamanya di dunia ini.