Baru-baru ini, penyanyi Irfan Haris membuatkan ramai teruja selepas didakwa memberi bayangan bahawa kakaknya, Amira Othman bakal menamatkan zaman bujang bersama Fattah Amin tidak lama lagi.
Terbaru, hantaran pengasas butik pakaian terkenal, Hijabista Hub iaitu Wanie Elena mencuri perhatian selepas dia berkongsi video memaparkan Amira menggayakan busana pengantin lengkap dengan bunga tangan dan perhiasan crown di atas kepala.
Kapsyen ditulis Wanie juga seakan-akan mengesahkan tentang desas desus perkahwinan tersebut selepas dia memuji aura baka pengantin dimiliki Amira.
MasyaAllah berseri-seri pengantin ni.
Video tersebut turut mencuri perhatian selepas ia turut memaparkan kad dipercayai kad jemputan perkahwinan yang tertulis huruf A dan satu huruf yang disorokkan bertarikh 26 Ogos.
Turut kelihatan, dua bentuk cincin jenama mewah Cartier, seutas jam tangan, sepasang kasut tumit tinggi bersebelahan dengan dua hangers yang mempunyai huruf A dan F.
View on Threads
Sama-sama kita tunggu hingga ke tarikh itu, tinggal dua hari sahaja lagi….