(VIDEO & FOTO) Serangan Gangster Bertopeng Di Stesen Komuter Hong Kong, Lebih 40 Cedera

Trending

(VIDEO & FOTO) Serangan Gangster Bertopeng Di Stesen Komuter Hong Kong, Lebih 40  Cedera

Keadaan di Hong Kong menjadi huru-hara selepas sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap, melakukan serangan di stesen komuter Yuen Long.

Memakai t-shirt putih dan bertopeng sambil membawa kayu pemukul serta batang logam, samseng tersebut bertindak ganas menyerang penunjuk perasaan antikerajaan yang dalam perjalanan pulang dari perhimpunan besar-besaran.

Advertisement

Kumpulan itu turut menyerang orang ramai secara rawak, sehingga menyebabkan keadaan di stesen tersebut bertukar menjadi seakan medan perang, dipenuhi darah bertaburan di atas lantai.

Rayuan dan jeritan orang ramai sedikit pun tidak diendahkan oleh mereka yang terus memukul tanpa rasa belas kasihan.

Pihak polis pula menerima kritikan hebat, apabila mengambil masa lebih sejam untuk tiba di lokasi meskipun sudah menerima banyak panggilan kecemasan berhubung serang tersebut dan gagal untuk menahan kumpulan penyerang.

Foto dan video ketika serangan

Kira-kira 45 orang cedera, termasuk seorang kritikal, selain lima cedera parah dalam serangan tersebut.

Sumber Berita : Astro Awani 

Kredit Video : CNN & Twitter

Kredit Foto : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...