Enam tahun mendirikan rumah tangga dan segala susah senang ditempuhi bersama, kini rezeki pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semakin murah. Aeril sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan isteri tercinta sebuah rumah dengan dekorasi yang cukup elegan dan mewah. Ini adalah rumah pertama mereka berdua sejak berkahwin.
Wawa menerusi akaun Instagramnya sempat memuat naik video ucapan terima kasih terhadap suami tercinta yang selalu kerja keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarga mereka. Untuk pengetahuan anda, mahligai pasangan ini mengambil masa selama setahun untuk pengubahsuaian.
Jom kita lihat beberapa lagi foto rumah baharu Aeril dan Wawa dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Lentera Creative Home