Apabila melibatkan anak kecil ini, hati yang sedang marah pun boleh jadi sejuk dek kecomelan mereka yang mencuit hati. Karenah mereka pula, apatah lagi kan..sentiasa ada perkara baru yang nak dilakukan.
Terbaru, video yang berdurasi kurang dari 1 minit ini berjaya buat ramai hati cair melihatkan anak kecil yang sangat comel.
Menerusi perkongsian ibunya bellakamaruddin di laman Tiktok, wanita itu sedang menemani anaknya di barber shop untuk memotong rambut.
Rata-rata netizen turut jatuh hati dengan kecomelan adik tersebut sampai ada yang bergurau nak book jadi menantu, ewah.
“Bismillah, Assalamualaikum mama”
“Kacaknya, nak mengorat boleh?”
Macam-macam telatah comel anak kecil kan. Belum lagi gelagat yang lain, geleng kepala lah nanti.
Apapun, semoga perkongsian ini dapat memberi mood riang kepada korang ya. Jangan stres sangat, chill dulu.