(VIDEO) Fokus Pada Lakonan, Tak Payah Nyanyi Siap Pakai Make Up – Netizen Kritik Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Di Matamu

Hiburan

(VIDEO) Fokus Pada Lakonan, Tak Payah Nyanyi Siap Pakai Make Up – Netizen Kritik Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Di Matamu

Betul lah kata Sufian Suhaimi, “ A broken heart creates a masterpiece” buktinya lagu Di Matamu bukan sahaja hits tetapi ramai yang mahu menyanyikan semula lagu tersebut termasuklah pelakon Nazim Othman yang berduet dengan Fatin Afeefa.

Advertisement

Baru sahaja memuat naik “cover” mereka di YouTube, ramai yang memuji suara Fatin agak merdu tetapi lain pula buat Nazim.

Walaupun Nazim menyanyi dengan penuh perasaan sehingga menitiskan air matanya, ia langsung tidak menarik perhatian netizen. Malah, ada yang mengatakan Nazim terlalu “try hard” sehingga merosakkan lagi lagu tersebut.

Lebih baik untuk beliau fokus kepada lakonan sahaja. Beberapa netizen turut mengkritik solekan Nazim yang agak “over”.

Pada pendapat kami, nyanyian mereka berdua okey sahaja, maklumlah setiap orang ada cara tersendiri. Lagipun, ia sekadar suka-suka kan? Janganlah terlalu serius mengkritik.

Kredit Video : YouTube Fatin Afeefa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...