Video Flashmob Breastfeeding Itu 4 Tahun Lepas, Kenapa Sekarang Baru Jadi Isu – Dynas Mokhtar

Hiburan

Video Flashmob Breastfeeding Itu 4 Tahun Lepas, Kenapa Sekarang Baru Jadi Isu – Dynas Mokhtar

Sejak beberapa hari lepas, isu menyusukan anak menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan di media sosial lebih-lebih lagi selepas satu video “flashmob breastfeeding” dimuat naik di Facebook dan menjadi viral kini.

Advertisement

Aktres Dynas Mokhtar yang turut menyertai “flashmob” berkenaan telah tampil menjelaskan isu hangat ini menerusi akaun Instagram miliknya.

Dynas memberitahu “flashmob” tersebut telah diadakan di KLCC kira-kira 4 tahun yang lalu dan mempersoalkan mengapa ia tiba-tiba ia menjadi isu yang sangat besar sekarang.

Apa yang dilakukan mereka sebenarnya agar memberikan kesedaran kepada pihak pusat membeli-belah agar menyediakan ruang untuk ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka. Ini kerana pada waktu tersebut, kebanyakkan pusat membeli-belah tidak mempunyai kemudahan berkenaan.

Kalau kite tengok video tu video lama mase tu my daughter 1tahun setengah ,4tahun lepas dan ketika itu bilik menyusu di shopping mall tak disediakan.

Ada  beberapa  ibu dihalau ketika cube menyusukan anak mereka di surau jadi kami bersepakat untuk membuat flash mob untuk membuat program kesedaran kepada pihak atasan shopping mall supaya mereka menyediakan bilik khas untuk para ibu menyusu.

Tetapi banyak yang berpandang negatif tentang perkara ini dan why bring it up now ? But for me negativity is good sebab awareness on breastfeeding is there .

Berikutan video tersebut, ramai yang menganggap acara itu tidak bermaruah.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai isu menyusukan anak di tempat awam. Ada yang setuju mengapa seseorang ibu harus merasa malu melakukan perkara tersebut dan ada yang sebaliknya.

Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini?

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...