(VIDEO) Fitnah Ubai Biawak Hidup & Ditanggung Shila Amzah, Wanita Buat Permohonan Maaf

Hiburan

(VIDEO) Fitnah Ubai Biawak Hidup & Ditanggung Shila Amzah, Wanita Buat Permohonan Maaf

Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ atau nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, sebelum ini ada tampil memohon agar warganet membantu mengesan individu yang membuat kenyataan tidak benar dan mencemarkan nama baik beliau dan isterinya.

Antara dakwaan yang  berbaur fitnah ialah gelaran “biawak hidup” yang dianggap sangat kasar. Individu tersebut turut mendakwa Shila terpaksa bekerja keras demi menyara keluarga kerana Ubai tidak memberikan sumbangan.

Advertisement

“Ubai ini dia kerja pa? Bukan kata dah berhenti kerja ke? Berkebun katanya dulu? … Sebab tengok macam Shila sahaja bekerja, dari hamil nak bersalin pun Shila masih bekerja,” tulis wanita itu dalam satu komen.

Terbaru, wanita yang berjaya dikesan Ubai itu tampil membuat permohonan secara terbuka kepada suami penyanyi itu di TikTok.

Menyesali dengan apa yang telah terjadi, wanita berkenaan memohon maaf di atas keterlanjuran kata sehingga mengguris hati Ubai dan Shila Amzah.

@wana.tamin

Assalamualaikum, Saya, Wana, ingin mengambil ruang ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada Encik Ubai dan Puan Sha atas komen dan tindakan saya yang telah menyinggung perasaan kalian. Saya amat kesal dan sedar bahawa perbuatan saya, walaupun mungkin tidak berniat buruk, telah memberi kesan yang tidak baik kepada pihak tuan dan puan. Saya tidak bermaksud untuk mengaibkan atau menyakitkan hati sesiapa. Sebagai manusia biasa, saya akui saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya berdoa agar pihak Encik Ubai dan Puan Sha dapat menerima permohonan maaf ini dengan hati yang terbuka. Saya ambil perkara ini sebagai satu pengajaran besar buat diri saya, dan insyaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian atau tindakan saya selepas ini. Sekali lagi, saya mohon maaf dengan setulus hati. Semoga Allah SWT melembutkan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling memaafkan. Sekian dahulu, saya sudahi dgn terima kasih kerana sudi mendengar.

? original sound – Wana Tamin – Wana Tamin

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hisyam hamid jawab pujian nur fazura
2025-07-23 10:46:52

"Anak Saya Tak Bagi Kahwin.." - Dipuji 'Family Man', Hisyam Hamid Hargai Pujian Nur Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...