Baru dikongsikan di laman sosial Instagram, usahawan terkemuka Dato Seri Aliff Syukri memuat naik videonya yang meraih hampir 31K penyuka dan 500 komen dari warganet.
Video itu memaparkan dirinya bersama kakak kepada jutawan kosmetik itu, Noor Hayati, juga dikenali sebagai salah satu ‘business women’ yang berkecimpung dalam dunia kosmetik sama seperti adik dan ibunya.
Hanya seorang kakak seibu sebapa saya ada. Tinggal Kak Yati saja.
View this post on Instagram
Di dalam klip itu, Aliff Syukri sedang menggambit kenangan bersama kakaknya serta diselitkan juga gambar mereka semasa kecil.
Katanya lagi, kisah hidup dua beradik itu tidak mudah untuk dikongsikan kepada orang ramai. Yang penting, dulu mereka mandi, tidur, gaduh, bermain semuanya bersama. Hal itu membuktikan betapa eratnya hubungan antara adik dan kakak itu.
Panjang sungguh perjalanan hidup kami. Saya bangga tengok kejayaan ibu yang hebat mendidik dan melahirkan kami.
Walau bagaimanapun, ramai netizen juga akui tersentuh dengan kisah Aliff yang penuh liku sehinggalah menjadi jutawan yang terkenal di tanah air ini.
Ada juga yang mahu Aliff dokumentasi tentang hidupnya, memandangkan cerita perjalanan hidup usahawan itu dapat dijadikan teladan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.