(VIDEO) Fesyen Pouch Bag Neelofa Kena ‘Bahan’ Dengan Zizan Razak

Hiburan

(VIDEO) Fesyen Pouch Bag Neelofa Kena ‘Bahan’ Dengan Zizan Razak

Fesyen Neelofa dikritik bukan lagi satu perkara baru, entah kenapa apa sahaja gaya unik yang beliau pakai pasti akan dikecam oleh netizen.

Advertisement

Terbaru, cara pemakaian Neelofa sekali lagi dijadikan bahan lawak tetapi kali ini oleh Zizan Razak dan Johan semasa menjadi tetamu jemputan di rancangan MeleTOP. Memang lucu habis bila Zizan kata betapa yakinnya Neelofa pakai baju seperti orang arab siap dengan ‘pouch bag’ di pinggangnya.

Paling kelakar bila Zizan turut membuat gaya ‘pouch bag’ lagi. Memang riuh habis suasana di dalam studio rancangan tersebut sehingga Neelofa sentap dan menumbuk lembut lengan Zizan.

Rata-rata netizen yang menonton klip video tersebut juga cukup terhibur dengan usikan Zizan itu. Ada juga yang memuji betapa mantapnya gandingan Jozan dan merindui lawak-lawak mereka.

Terus-terang penulis juga tidak boleh menahan gelak bila lihat aksi Zizan ‘bahan’ Neelofa. Memang padu habis lawak Zizan. Jangan marah yee Neelofa, sekali-sekala bergurau apa salahnya? Heh..

Kredit Video : ameerepi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.