Umum mengetahui pasangan sensasi pengantin baru, Fazura dan Fattah Amin kini sedang menikmati percutian bulan madu di Eropah. Beberapa hari lalu, viral sebuah video dimana Fazura dikatakan memberi bayangan dirinya kini sedang berbadan dua.
Didalam video tersebut, Fazura yang sedang asyik menyapu jem di atas “scone” sehingga ditegur oleh rakannya kerana makan terlalu banyak memberikan respon berikut “Bukan apa, kot kot mengidam ke apa…kot kot lah I cakap.” Jawapan Fazura itu membuatkan wanita tersebut serta beberapa lagi rakan mereka merasa teruja dan berdoa agar ia dimakbulkan.
Malah, peminat Fattzura juga berharap agar pasangan itu akan menimang cahaya mata tidak lama lagi dan “hint” ini adalah benar.