Pelakon Fatin Afeefa menangis ketika membuat live di TikTok selepas seorang netizen memberikan komen negatif terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di aplikasi itu, dia menunjukkan rakaman ketika perkara itu berlaku kepada Fatin ketika sedang menunjukkan tutorial mekap.
Difahamkan, netizen itu memerli Fatin dan berkata lehernya seperti bergaris dan ‘berbelang’. Selepas membaca komen tersebut, Fatin menangis dan terus hilang mood untuk membuat tutorial tersebut.
Dia (Fatin), kalau dia ada duit dia pergi betulkan leher dia tu. Dengan aku sekali menangis. Kenapa kamu semua kejam dengan dia.”
@mimilolayyy @fatinafeefa8 i love you sm? takmo nangis . Ur cantik and perfect ! Ignores je mulut orang!!! #fyp #foryoupage #fypage #fatinafeefa #stopbullying #insecurities
Sementara itu, di ruangan komen video TikTok tersebut ramai yang menegur individu tersebut kerana memerli Fatin dan berkata artis juga mempunyai hati dan perasaan.
Segelintir netizen dilihat cuba memujuknya ketika live tersebut dan memuji kecantikan wajahnya meskipun tanpa memakai mekap.
Ada juga yang berkata kadang kala kulit sebegitu adalah kerana genetik dan tidak perlu bagi seseorang untuk melontarkan kata-kata negatif seperti individu terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.