Satu video live Fazura bersama anaknya, Fatima, tular di Threads dan mencuri perhatian ramai.
Dalam video tersebut, mereka dilihat berbual santai di dalam kereta, namun perbualan mereka menjadi serius apabila Fatima berkata,
Fatima tak pandai, Fatima tak comel.
View on Threads
Fazura kelihatan terkejut dan bertanya,
Dia cakap Fatima tak pandai, Fatima tak comel? Siapa cakap?
Dengan penuh keyakinan, Fatima membalas, “Nenda.”
Fazura tidak dapat mempercayai apa yang didengarnya, sambil berkata, “I don’t think she says that.” Namun, Fatima tetap menjawab, “Yes, it’s true.”
Perbualan ini menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kecewa. Ramai yang risau dengan kata-kata negatif yang mudah diterima oleh kanak-kanak seperti Fatima, kerana pada usia tersebut, mereka mudah menyerap apa yang dikatakan oleh orang dewasa. Netizen bimbang jika kata-kata tersebut akan memberi kesan emosi kepada Fatima di masa hadapan, menjejaskan keyakinan dirinya.