Umum mengetahui pelakon Fathia Latiff sangat aktif meluahkan pendapatnya menerusi laman sosial Twitter dan setiap status beliau pasti akan mendapat perhatian ramai.
Baru-baru ini Fathia ada memberikan komen mengenai sebuah artikel yang disiarkan tiga tahun lepas dimana seorang perogol akhirnya ke tali gantung selepas suspek merogol dan menyembelih mangsanya.
Namun, kenyataan itu disalah erti oleh sesetengah pihak termasuk sebuah blog hiburan tempatan sehingga mengundang kecaman daripada netizen. Untuk pengetahuan semua, Fathia tidak bermaksud untuk memberikan semua perogol peluang kedua tetapi merujuk kepada artikel yang beliau kongsikan itu sahaja.
Terkilan dan kecewa dengan perkara itu, Fathia menerusi Instagram Live beliau tidak dapat menahan air matanya dan meluahkan perasaan beliau.
Diorang tak boleh suka-suka hati tukar statement orang dan letak inverted commas. Inverted commas digunakan kalau exactly ayat itu sama. Jika sebaliknya, ia akan membawa maksud yang berlainan.Why do you guys hate me so much? Ada Fathia kacau ke?
Bukan semua netizen yang menghentam Fathia, ada yang memahami maksud kenyataan beliau itu dan berharap agar aktres itu terus bersabar atas apa yang berlaku.
Kalau difahamkan betul-betul, Fathia bermaksud untuk mengurangkan sedikit hukuman kepada pesalah. Mungkin dengan cara itu mereka akan insaf dan bertaubat. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pemikiran dan pendapat yang berbeza. Apa-apa pun, kami harap Fathia terus bersabar.

Anonymous
February 2, 2018 at 5:58 pm
Sudah laaa Fatiya. Kitorang tau , ko bukannya nak luahkan perasaan kat sini . Ko nak tunjuk ko drive Audi je sebenarnye.
Dia Adam
February 2, 2018 at 5:12 pm
Comment ikut IQ O. Dia patut berehat dari mengeluarkan, selalunya beliau mengeluarkan comment dan kemudian minta maaf dan last sekali menangis. Hentikan memperbodohkan diri sendiri.
Carilah Akhirat maka Dunia akan mengikuti kamu.
Anonymous
February 2, 2018 at 4:55 pm
Fathia you buat mcm along cham, bila bini kena tgkp basah, segala komen, dia akan cakap NO KOMEN, nanti org pon mls nk kacau dah.
acik
February 2, 2018 at 1:11 pm
walaupun FL ni refer 1 kes sahaja, tapi dia bila dia issuekan peluang kedua, still kes itu kes seorang perogol. he deserves a punishment, not even a 2nd chance. seorang perogol TIDAK LAYAK DIBERI APA2 PELUANG OK. jijik. kalau perogol tu nak taubat itu, antara dia dengan Tuhan dan mangsa. tapi atas dunia, perogol tu layak untuk dihukum atas dosa merogol. kasihani mangsa itu lebih penting dari fikirkan nasib perogol.
bunga lalang
February 2, 2018 at 11:36 am
kata nak migrate ke LA…x pegi2 lagi ke… attention seeker…pegi tolong oramg miskin lagi baik la. Bising saja