(VIDEO) Fathia Latiff Menangis Kenyataan Disalah Erti?

Hiburan

(VIDEO) Fathia Latiff Menangis Kenyataan Disalah Erti?

Umum mengetahui pelakon Fathia Latiff sangat aktif meluahkan pendapatnya menerusi laman sosial Twitter dan setiap status beliau pasti akan mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Baru-baru ini Fathia ada memberikan komen mengenai sebuah artikel yang disiarkan tiga tahun lepas dimana seorang perogol  akhirnya ke tali gantung selepas suspek merogol dan menyembelih mangsanya.

Namun, kenyataan itu disalah erti oleh sesetengah pihak termasuk sebuah blog hiburan tempatan sehingga mengundang kecaman daripada netizen. Untuk pengetahuan semua, Fathia tidak bermaksud untuk memberikan semua perogol peluang kedua tetapi merujuk kepada artikel yang beliau kongsikan itu sahaja.

Terkilan dan kecewa dengan perkara itu, Fathia menerusi Instagram Live beliau tidak dapat menahan  air matanya dan meluahkan perasaan beliau.

Diorang tak boleh suka-suka hati tukar statement orang dan letak inverted commas. Inverted commas digunakan kalau exactly ayat itu sama. Jika sebaliknya, ia akan membawa maksud yang berlainan.Why do you guys hate me so much? Ada Fathia kacau ke?

Bukan semua netizen yang menghentam Fathia, ada yang memahami maksud kenyataan beliau itu dan berharap agar aktres itu terus bersabar atas apa yang berlaku.

Kalau difahamkan betul-betul, Fathia bermaksud untuk mengurangkan sedikit hukuman kepada pesalah. Mungkin dengan cara itu mereka akan insaf dan bertaubat. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pemikiran dan pendapat yang berbeza. Apa-apa pun, kami harap Fathia terus bersabar.

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...