July 25th, 2018

Melakukan cabaran ‘Keke Challenge’ sambil berbaju kurung, aksi pelakon Fasha Sandha itu mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial dengan lebih 2 juta tontonan di Instagram. Fasha juga akui beliau tidak menyangka ia akan mendapat sambutan yang agak luar biasa.

Saya buat suka-suka dan tak tahu pula mendapat tarikan sebegitu. Sebelum ini saya juga pernah buat Panama Challenge dan Lagi Syantik Challenge juga mendapat lebih sejuta ‘views’ (tontonan) dalam sehari. Namun, Keke Challenge ini paling banyak ditonton.

Fasha tidak menafikan antara faktor videonya dapat memikat hati penonton adalah kerana beliau menampilkan kelainan dengan mengenakan baju kurung.

Terdahulu, Fasha menerusi akaun Instagramnya berkata beliau menyahut cabaran itu adalah untuk menunaikan permintaan pengikutnya dan  sempat berjenaka meskipun dirinya sudah tua, beliau tetap boleh cuba menari mengikut trend terkini.

Sumber Berita : Harian Metro


21 responses to “(VIDEO) Fasha Sandha Tidak Sangka ‘Keke Challenge’ Versinya Berbaju Kurung Dapat Sambutan”

  1. Anonymous says:

    X ada nya nak dibangga kn pun..sodih..sodih

Loading...