Sudah mengikuti kursus perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini sedang menghitung hari untuk bergelar suami isteri.
Aidil adalah lelaki yang paling membahagiakan Fasha dan sangat tidak kekok melayan kerenah anak-anak Fasha.
Baru-baru ini, Fasha memuat naik video perbualan antara tunangnya itu dan anaknya yang meminta untuk memiliki adik baru dalam keluarga. Memang kelakar dan comel sungguh permintaan anak Fahsa, Aidil pula melayan dengan penuh kesabaran dan kelembutan.
Bertunang pada November 2018, pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada penghujung Mac ini. Mereka memilih untuk melangsungkan perkahwinan secara sederhana sahaja.