Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Fakta Ke Laut, Ini Reaksi Doktor Bila Tonton Babak Mengarut Drama Dan Filem Melayu

Sudah beberapa kali kesalahan fakta di dalam drama dan filem Melayu ditegur oleh netizen sehingga viral di media sosial. Antara kesilapan yang paling kerap dilakukan adalah adegan di hospital apabila pelakon perlu memakai peralatan hospital ketika membawa sesuatu watak.

Advertisement

Bukan sahaja peralatan yang dipakai salah tetapi lebih lucu lagi apabila saat karakter sedang sakit teruk, boleh lagi berkata-kata dan ada kalanya sempat meluahkan perasaan cinta. Macam cerita Tamil pun ada kan?

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan reaksi beberapa orang doktor iaitu Dr Liyana Dhamirah (PrimaNora Medical Center, My Doctors), Dr Abd Shukor Mohd Hashim (KPJ Seremban Orthopaedic, Trauma & Spine Surgeon) dan Dr Amirul Amzar (Medical Mythbusters Malaysia) terhadap babak tidak logik dan mengarut di dalam drama dan filem Melayu menjadi bualan di media sosial.

Jom kita tonton video penuh reaksi doktor

Komen netizen

Apa-apapun, tujuan utama doktor -doktor terbabit menegur bukanlah untuk menjatuhkan martabat industri perfileman negara. Mungkin boleh mengambil teguran mereka sebagai pengajaran agar memperbaiki lagi mutu drama dan filem tanah air. Usaha untuk industri kita tidak dijadikan sebagai bahan jenaka. Ambil yang positif sahaja.

Sumber Berita : Twitter

Kredit Video : YouTube Southern Crescent Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 Comments

  1. nani

    July 23, 2019 at 3:56 pm

    Apa apa pun, terima kasih diatas perkongsian. Semoga dipermudahkan segala urusan.

  2. Anonymous

    July 23, 2019 at 11:46 am

    belum lagi cerita orang kaya harini bincang kahwin, minggu depan nak langsung terus. mana pergi prosedur kena ujian hiv, dapat kebenaran lelaki lepastu baru pompuan, lepastu cari kadi. takdaaaa.

    banyak je lagi profession yang selain doktor tapi dibodoh bodohkan dalam drama. macam ni la.

  3. Korean drama fan

    July 23, 2019 at 11:35 am

    Drama korea dah ada citer pasal Chief of Staff..kat Malaysia tak nak ke buat citer pasal politik..asyik business juta2 je..?

  4. badariah baharum

    July 23, 2019 at 9:33 am

    kelaka la korang ni…ni pun jd isu..mcm tu scene kena rogol…wat betul2 tau…hahah aku ni lg le bekas pesakit duk icu…byk benda mmg ngarut…tp malas nak layan…sbb anggap tu sebagai entaintament ko je

  5. naza

    July 23, 2019 at 12:22 am

    Aku dulu start keje dok umah sewa 1 bilik kongsi 2 org. Bilik besa 3 org.Tu pon tido pakai toto je sbb x mampu.. yela baru start berhijrahkan… Ni drama tros dok 1 bilik sorang master bedroom + aircon. Rumah lak siap fully furnished… Tu pasal budak skg malas belajar.. Dorang igt smua senang je mcm dlm tv tu….

    • Drama Melayu tak lojik

      July 23, 2019 at 2:01 am

      Yg ni aku memang betul2 sokong ko… Ini memang fakta… Dalam drama Melayu, ini sangat tak lojik… Bayangkan diorang ni kerja kilang je pon… Sewa rumah besar, 2 tingkat pulak tu… Fully furnished… Penyewa 2 orang saja… Perghh… Takkan duit gaji habis bayar kat rumah sewa je kot?? Tak lojik lgsg… Lagi 1, kalau kerja engineer pon pakai kereta BMW… Pastu sewa rumah 2 tingkat dgn bini… Dalam drama ‘Pinggan Retak Nasik Tak Dingin’ lakonan Raisha Rizrose, Idris Khan tu… Pastu abang Raisha tu lakonan sape entah Aku lupa dah nama dia, kerja makan gaji je pon, pakai kereta Porche Boxter… Agak2 la nak temberang pon… Padahal engineer ni kebanyakkannya pakai motor je pegi keje kalau jalan jem… Kalau pakai kereta pon pakai Honda saja…Tipu kuat betul…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top