(VIDEO) “Extra Flavour..” – Wanita Terkejut Beli Burger Penuh Ulat Sampah, Syak Peniaga Jual Makanan Lama

Kehidupan

(VIDEO) “Extra Flavour..” – Wanita Terkejut Beli Burger Penuh Ulat Sampah, Syak Peniaga Jual Makanan Lama

Seorang wanita terkejut apabila burger daging yang di beli sebuah perhentian Rehat dan Rawat (R&R) dipenuhi dengan ulat.

Menerusi hantaran video tersebut, wanita itu berasa hairan kerana dia baru sahaja membeli burger tersebut namun sudah berulat.

Advertisement

Bukan itu sahaja, puluhan ulat sampah dilihat sudah menghurungi dan berkeliaran di sebalik roti dan daging burger tersebut.

Kau tengok tu.. eiii nasib baik anak aku tak makan!

Dalam pada itu, wanita itu turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati ketika membeli makanan di R&R kerana mengesyaki peniaga berkenaan telah menjual makanan lama.

Hati-hati lah korang ye yang siniggah R&R tu, kalau nak beli makanan check lah betul-betul.

Bagaimanapun, sehingga kini wanita itu tidak mendedahkan atau menyebut lokasi R&R yang dinyatakan.

@beautifulnara

Macam mana boleh banyak macam tuu? #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #burger

? original sound – Beautifulnara.com – Beautifulnara.com

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa jijik dengan sesetengah peniaga yang seolah-olah tidak ikhlas dalam berniaga dan hanya inginkan keuntungan.

Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah pihak yang mendakwa mungkin kejadian itu disebabkan oleh perbuatan sihir.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tolak luggage
9 months ago

"Gunakan Masa Muda Untuk Tolak Luggage, Bukan Stroller.." - Pendapat Individu Ini Dikecam Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...