Hubungan di antara primadona, Erra Fazira dan pemilik kafe dikenali sebagai Mr. E tidak lagi menjadi rahsia namun mereka berdua memilih untuk tidak menjadikannya tatapan umum.
Cukup sekadar orang tahu dan aktres berusia 51 tahun itu dan Mr. E tidaklah berlebih-lebihan dalam berkongsi tentang hubungan cinta yang terjalin.
Hantaran dikongsikan di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian apabila Erra turut membuat video trend tentang ‘senyum jika anda mahu…’ terhadap kekasih hatinya.
Menerusi video itu, Mr. E telah ditunjukkan kenyataan di telefon bimbit yang berbunyi,
Senyum kalau nak ada girlfriend lain.
Lelaki itu pada mulanya dilihat seperti pelik sebelum tersenyum manis sambil dirakam oleh Erra Fazira yang kemudian ‘merajuk’.
Senyum?! Senyum ehhhh!
View this post on Instagram
Hantaran itu meraih perhatian dan netizen terhibur dengan situasi berkenaan di mana Erra diusik kerana ‘merajuk’ selepas kekasihnya ‘mahukan’ teman wanita lain.
Sebelum ini, peminat mula berasa teruja apabila pasangan itu dikatakan ada membuat tinjaun dewan perkahwinan namun kata primadona tersebut tiada tempahan yang dibuat sebaliknya hanya mengikuti rakan-rakan yang mahu menunjukkan tempat menarik kepadanya.