Berpewatakan selamba dan lemah lembut, Erra Fazira merupakan salah seorang artis tempatan yang mempunyai ramai pengikut di Instagram. Selain berkongsi perkembangan kerjaya seni dan perniagaannya, Erra juga gemar memuat naik video mengusik anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Baru-baru ini, Erra menyahut cabaran ‘prank’ anak menceritakan rutin harian di rumah. Aleesya yang tidak tahan dengan ‘penipuan’ ibu terpaksa membocorkan rahsia kepada umum.
View this post on Instagram
Terbaru, pelakon Gerak Khas ini berkata Aleesya dengan bangganya memaklumkan dia sudah pandai masak nasi pada usia 12 tahun. Berikutan itu, Erra menyerahkan tugasan menanak nasi kepada anak sementara dia memasak lauk pauk ringkas. Namun, apabila membuka periuk, Erra mendapati beras masih dalam keadaan kering.
View this post on Instagram
Moment ni akan ku kenang sampai bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasik. Sekaliiiii bila time nak makan.. bukak-bukak periuk.. dia lupa masuk air daaa .. takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak.
Alahaiii anakkk.. its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi k.
Berasa malu dengan kejadian tersebut, Engku Aleesya melarang ibu memuat naik video di Instagram. Namun Erra menjelaskan itu adalah momen paling manis yang akan dikenangi sampai bila-bila.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.