Penyanyi Elly Mazlein sebentar tadi memuat naik video yang agak mengejutkan dengan mendedahkan bekas suaminya itu ingin memenjarakan beliau atas alasan mendakwa Elly sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, mujurlah perkara tersebut tidak akan berlaku apabila mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya itu. Elly merasa syukur kerana keadilan berpihak kepada dirinya.
Jika perkahwinan terdahulu tidak menjadi, janganlah biarkan anak pula yang menjadi mangsa. Sebagai seorang bapa, cubalah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah yang wajib ke atas anak anda. Kami harap segala urusan Elly untuk mendapatkan hak anaknya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kekal tabah menghadapi dugaan demi anak tercinta.