Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular video memaparkan beberapa ahli kumpulan Elite menghadirkan diri ke kelas vokal bagi persiapan konsert sulung yang bakal berlangsung pada bulan September nanti.
Masuk kelas vokal demi konsert sulung Elite
Dapat dilihat dalam video tersebut, Azza, Watie dan Abby Abadi berusaha melatih suara mereka bersama guru vokal, Shaffiq Erwin.
Video berdurasi empat minit itu memaparkan ketiga-tiga ahli kumpulan Elite itu berlatih menyanyikan lagu Trauma dan Tamparan Wanita.
Sebelum bernyanyi, Shaffiq dilihat mengajar ketiga-tiga mereka teknik hissing, di mana ia membantu untuk mengawal pernafasan serta postur yang betul ketika bernyanyi.
Netizen puji, anggap berbaloi kalau pergi konsert
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta memuji kerja keras kumpulan Elite yang mahu memberikan yang terbaik buat peminat pada bulan September nanti.
Dalam pada masa yang sama, ramai meluahkan rasa tidak sabar untuk pergi ke konsert sulung kumpulan berkenaan, yang sebelum ini pernah dikecam warganet.