Tular di laman Twitter My Crime Watch mengenai rakaman video yang menunjukkan seorang wanita menukar telur yang ingin dibelinya ke dalam bekas telur lain. Netizen umumnya mempersoalkan, mengapa wanita terbabit bertindak demikian?
Menerusi ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa wanita tersebut mahu menukar telur yang dibelinya ke dalam bekas telur bergred rendah untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Wanita tersebut dilihat memilih dan memindahkan telur ke dalam bekas yang lain satu-persatu sebelum meletakkan ke dalam bakulnya.
Tukar gred telur?
Tukar telur gred tinggi ke dalam bungkusan gred bawah untuk bayar pada harga yang rendah. Ini boleh consider sebagai mencuri. pic.twitter.com/d8tYBhjXUb
— MyWatch (@My_CrimeWatch) April 13, 2020
Kelakuan wanita ini telah dirakam secara jelas menerusi rakaman video di Twitter ini. Wanita itu berkemungkinan tidak mahu membayar harga sebenar telur gred tinggi kerana ingin mendapat harga yang jauh lebih murah. Tetapi apa pun alasan yang diberikan, perkara ini tetap salah dan tidak seharusnya dilakukan.
Komen daripada netizen yang diterima, ada yang mengecam tindakan wanita ini dan ada juga yang mempertahankannya. Mereka mengatakan mungkin wanita tersebut hanya ingin menukar telur yang kotor dengan yang telur yang lebih bersih.
Namun, video tersebut jelas menunjukkan telur yang diambil wanita tersebut berada dalam keadaan bersih. Sekiranya betul mahu menukar kepada telur yang bersih, seeloknya meminta bantuan daripada pekerja untuk melakukannya. Ini menguatkan lagi dakwaan netizen bahawa wanita tersebut telah membuat penipuan dalam pembeliannya.
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya berlaku di Malaysia atau bukan kerana ada yang mengatakan kejadian berlaku di Singapura. Dalam situasi sekarang, adalah lebih baik sekiranya pihak yang terlibat sahaja yang menyelesaikan kejadian yang telah berlaku. Mungkin ada salah faham yang berlaku, yang telah mengundang wanita tersebut melakukan perkara seperti itu.