(Video) Eksperimen ‘Black Light’ Untuk Menunjukkan Bagaimana Virus Merebak Dengan Cepat

COVID-19

(Video) Eksperimen ‘Black Light’ Untuk Menunjukkan Bagaimana Virus Merebak Dengan Cepat

Sebuah saluran televisyen di Hong Kong, TV NHK telah melakukan satu eksperimen bagi menunjukkan betapa cepatnya sesuatu virus boleh merebak di dalam restoran atau premis awam yang lain.

Eksperimen yang dipanggil ‘Black Light’ itu menggunakan cat pendarfluor sebagai virus tiruan bagi menggambarkan bagaimana ia merebak dengan pantas dari satu individu ke individu lain.

Advertisement

Sepuluh orang peserta dipilih dan seorang daripadanya disapu cat pendarfluor pada tapak tangannya sebagai permulaan ‘jangkitan virus’. Mereka kemudian menikmati hidangan buffet selama 30 minit sebelum lampu biru dihidupkan.

Lampu biru itu mendedahkan sejauh mana ‘virus’ tersebut telah pun tersebar. Kesan cat segera dijumpai di tangan individu lain, pinggan mangkuk dan perabot di situ. Situasi itu membuktikan bagaimana virus boleh tersebar dengan cepat dan mudah tanpa kita sedari.

Peserta pertama yang di sapu cat tersebut mempunyai kesan pada pakaian dan sekitar mulutnya. Ini membuktikan kepentingan untuk kita membasuh tangan selalu bagi mengelakkan penularan virus.

‘Virus’ tersebut juga tersebar melalui peralatan makanan seperti penutup bekas makanan, pemegang bekas minuman dan perabot lain.

Melalui eksperimen ini dapat ditunjukkan bagaimana COVID-19 boleh merebak kepada individu yang berhampiran dengan mereka yang telah dijangkiti. Mencuci tangan dan menjaga penjarakan sosial amat penting bagi mengekang penularan wabak ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...