Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO EKSLUSIF)Nur Amalina Che Bakri Menjawab Segala Cemuhan

Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Advertisement

Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.

Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.

Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Advertisement

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:

Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.

Advertisement

Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto ‘legging’ dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:

Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.

Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:

Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.

Advertisement

Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.

Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

June – sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh

Feb – May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands

Aug – Sept 2009
District Medical Officer
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.

Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.

Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.

Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012
di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga
dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.

Kredit sepenuhnya kepada laman blog Hazrey.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

372 Comments

  1. agaga

    March 10, 2012 at 9:42 pm

    aku bangga dengan dia..OK LA betui la dia ckp kat sekolah mmg setengah sekolah wajib bertudung..sekolah aku gak..kat kelate kena pakai tudung..tp kat luar aku tak pakai..apa pon marilah kita hormat dia..bukan kita mengata dia..kita satu bangsa ..satu agama..apa activities social dia biarlah dia…

  2. Ultimated sex site

    February 6, 2012 at 6:24 pm

    Excellent weblog right here! Also your website so much up fast! What web host are you the use of? Can I get your affiliate link to your host? I desire my website loaded up as quickly as yours lol

  3. Elo

    February 3, 2012 at 5:38 pm

    Dah jadi trend kat sekolah murid perempuan perlu pakai tudung..especially kalau pegang jwtn pengawas.Luar sekolah mereka tak pakai.Jadi tak perlu timbul isu dia pakai tudung atau tidak krn kita hanya kenal dia dlm media massa. Mungkin satu hari nanti akan terbuka hatinya utk memakai tudung.end of the story. Good luck in your studies Nur Amalina.

  4. justnobody

    January 22, 2012 at 2:09 am

    saya hanya berdoa agar tuhan membukakan hati kak nur amalina untuk menutup aurat beliau secara holistik,melihara akhlak beliau (which only kak amalina herself and god knw that) dan terus cemerlang dalam ilmu yang beliau ceburi. there’s always a turning point for you kak nur amalina.

  5. anakmu

    January 17, 2012 at 6:08 pm

    kelakar la korang nie….yang dalam malaysia pun banyak yang hanyut ikut barat..ikut korea…apa nak pelik….yang belajar kat belah2 arab pun lebih kurang je….sape salah…lu fikirlah sendirik bai…

    • SUGAR GLIDER

      January 21, 2012 at 6:29 am

      JGN RISAU ANAK-ANAK KAU PUN BAKAL JADI MACAM 2..
      JADI AKU NASIHATKAN JGN AJAR NGAJI N AGAMA…
      COZ DH BESAR NK JADI KUFUR KAN…
      TANIAH ANAKMU.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top