April 4th, 2018

Baru-baru ini hangat dengan berita seorang Datin yang dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan mendera pembantu rumahnya sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk. Sejak daripada kes viral itu, ada masyarakat yang memandang negatif bahawa golongan kaya raya ini menjadikan pembantu seperti hamba abdi mereka.

Namun, tidak semua begitu. Contohnya, Datin Paduka Eina Azman, kalau anda merupakan pengikut Instagram beliau, pasti anda tahu betapa mesranya Eina bersama pembantu rumahnya dan melayan mereka dengan baik ibarat keluarga sendiri.

Terbaru, video Eina bertemu dengan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Poji mencuri perhatian netizen kerana Eina sanggup menempah hotel selama dua bulan untuk Bik Poji yang perlu direhatkan kerana dijangkiti penyakit TB.

Tindakan Eina yang memeluk erat dan melepaskan rasa rindunya terhadap pembantu rumah itu juga membuatan netizen memuji betapa baiknya hati beliau sebagai seorang majikan.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar Eina dan suami diberkati Allah SWT dan dilimpahkan dengan rezeki serta kebahagiaan yang berpanjangan. Sememangnya Eina boleh dijadikan contoh buat majikan lain di luar sana. Kata orang kalau kita berbuat baik sesama manusia pasti kita akan dibalas dengan kebaikan juga.


58 responses to “(VIDEO) Eina Azman Dipuji Baik Hati, Tempah Hotel Selama Dua Bulan Untuk Bibik Sakit Berehat”

  1. Wekkkkkkk says:

    Ada rekod kt imigresen dn embassy tau jgn main2 klau nk lari..lebih2 lagi yg bekerja dn tinggal di rumh boss.
    Rasa nyer mmg boss pegang pasport…malahan duit gaji bulanan pun majikan boleh pegang jika amah tak mahu pakai dn ambil…melenkn ambil yg perlu je. Contoh klau gji bulanan 800.00 ., maid hanya perlukn 400 pkai..lgi 400 majikn pegang, sampailh maid tu nk balik negara dia., maka nanti dptlh lump sum semua gji tu.
    Fhm ke.

    • Anonymous says:

      Wekkk ni selalu tunjuk pandai la. Actually kalau maid nak lari dia lari je. Majikan yg susah payah kena report polis takut family dia di Indonesia buat report kata family diorang di Malaysia hilang tak call kampung. Padahal lari ikut kawan or boyfriend. Pernah jadi pada keluarga saya maid rumah satu row lari lain hari tapi beramai ramai. Majikan lepas 2 minggu baru perasan sebab bz kerja dan bz buat report polis. Kalau kena tangkap pun sebab dalam rekod imigresen ada, mahkamah akan arah deport ke Indon je. Lagi maid suka makan free balik Indon free.

      So senang je nak lari kalau maid x kisah blacklist 5 tahun masuk Malaysia

    • Anonymous says:

      So b4 share info tu Wekkkk check dulu. Bagi yg ada passport samada di tangan atau majikan, lari je ke embassy atau lari je mana2. Kalau kena tangkap pun deport takkan kena sebat sebab sebat untuk pendatang tanpa passort sahaja. Pending deport, duk pusat tahanan yg bagi makan semua free. OK LA.

  2. Anonymous says:

    oMG! parah dah rakyat malaysia nie. netizen2…korang ni mmg sakit mata & hati ye kalau tgk sesuatu kebaikan?? korang nak ke hidup dalam penuh syak wasangaka, hasad dengki semua tua…cukup2la. muhasabah diri. apa niat dia biar dia ngan tuhan je tau. jd datin dera maid orang kecam…ni datin yang jaga maid pon org kecam. takde salahnya dia nak upload kebaikan yang dia buat asal benda tu benda baik. dah tu ustaz ebit lew tu hari2 upload bg org gelandangan makan….dakwah kat budak2 rempit…tu semua nak menunjuk ke. alahai….sempit sgt otak tu dan laju lidah yang tak bertulang melempar kata kan. semua tak betul. jari2 tu gunakanlah ke arah kebaikan. jd keuboard warrior yg membawa kepada kebaikan. sebarkan kebaikan. bukan hanya tau hentam mcm diri tu sempurna sgt. life is simple…berbuat baik insyaAallah balasannya pon baik.

  3. Yekeni says:

    Should put the maid in the hospital nursing home for 2 mths.

  4. Anonymous says:

    Hotel mana tu..

    Sila ambil tindakan saman please.. bg pihak hotel.. guests.. dan semua yang terlibat

    This is very serious disease.. please do not take things for granted.. Allah hu akhbar!

  5. KUS says:

    Letak pesakit Tibi di hotel? Lepas tu sharing aircond antara bilik2 and sebarkan virus Tibi pada guest hotel.??

Loading...