April 4th, 2018

Baru-baru ini hangat dengan berita seorang Datin yang dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan mendera pembantu rumahnya sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk. Sejak daripada kes viral itu, ada masyarakat yang memandang negatif bahawa golongan kaya raya ini menjadikan pembantu seperti hamba abdi mereka.

Namun, tidak semua begitu. Contohnya, Datin Paduka Eina Azman, kalau anda merupakan pengikut Instagram beliau, pasti anda tahu betapa mesranya Eina bersama pembantu rumahnya dan melayan mereka dengan baik ibarat keluarga sendiri.

Terbaru, video Eina bertemu dengan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Poji mencuri perhatian netizen kerana Eina sanggup menempah hotel selama dua bulan untuk Bik Poji yang perlu direhatkan kerana dijangkiti penyakit TB.

Tindakan Eina yang memeluk erat dan melepaskan rasa rindunya terhadap pembantu rumah itu juga membuatan netizen memuji betapa baiknya hati beliau sebagai seorang majikan.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar Eina dan suami diberkati Allah SWT dan dilimpahkan dengan rezeki serta kebahagiaan yang berpanjangan. Sememangnya Eina boleh dijadikan contoh buat majikan lain di luar sana. Kata orang kalau kita berbuat baik sesama manusia pasti kita akan dibalas dengan kebaikan juga.


58 responses to “(VIDEO) Eina Azman Dipuji Baik Hati, Tempah Hotel Selama Dua Bulan Untuk Bibik Sakit Berehat”

  1. Anonymous says:

    Hotel mana tuu. Eeee kesiannya kalau jangkit dgn org lain. Sepatutnya iena kena hantar balik indon bik poji tu. Same case to my workers. Fomema mintak hantar balik indon.Unless iena tu xregister her bibik under fomema. Hiks

  2. Anonymous says:

    Eina Azman suka main socmed so?
    Cuba org tu bukan retis post mcm ina and inform dia syukur bibik dah sihat dah dapat rawatan doktor bagai dah boleh starts working ? Sure kawan2 insta fb twitter jawab balik : alhamdulillah bibik u dah balik boleh tolong2 urus rumah and anak2 u dan tengokkan apa yg patut. Semoga u dimurahkan rezeki sebab x pecat bibik ni. Amin.

    Maybe sebelum membawang kita patut ingat adakah statement dan ucapan kita tu memberi bayangan akam hasad dengki dan syak wasangka atau sikap suka mencari cari kesalahan Eina atau sapa2 je lah.

  3. Ms. Lulu says:

    This couple pernah dtg medical centre aku. Kebetulan one of their bodyguard xdtg keje sbb ada hal kecemasan.(kalau x silap anak bodyguard tu demam)..yg bagusnya, Dato’ ni call bodyguard dia and ckp, “kalau anak ko sakit, ko xpayah la dtg keje. Ko ada duit x nk bwk anak ko g jmpa doktor?”Dlm hati aku ckp..bagusnya dpt bos mcm ni.

    • Anonymous says:

      Cerita u share ni dah dapat padamkan sikit api hasad dengki dan syak wasangka makcik bawang semua.

Loading...