Baru-baru ini hangat dengan berita seorang Datin yang dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan mendera pembantu rumahnya sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk. Sejak daripada kes viral itu, ada masyarakat yang memandang negatif bahawa golongan kaya raya ini menjadikan pembantu seperti hamba abdi mereka.
Namun, tidak semua begitu. Contohnya, Datin Paduka Eina Azman, kalau anda merupakan pengikut Instagram beliau, pasti anda tahu betapa mesranya Eina bersama pembantu rumahnya dan melayan mereka dengan baik ibarat keluarga sendiri.
Tindakan Eina yang memeluk erat dan melepaskan rasa rindunya terhadap pembantu rumah itu juga membuatan netizen memuji betapa baiknya hati beliau sebagai seorang majikan.
Rata-rata netizen juga mendoakan agar Eina dan suami diberkati Allah SWT dan dilimpahkan dengan rezeki serta kebahagiaan yang berpanjangan. Sememangnya Eina boleh dijadikan contoh buat majikan lain di luar sana. Kata orang kalau kita berbuat baik sesama manusia pasti kita akan dibalas dengan kebaikan juga.