(Video) Duta Israel Dimalukan Ketika Mula Berucap, Pelajar Harvard Boikot Keluar Dewan

Trending

(Video) Duta Israel Dimalukan Ketika Mula Berucap, Pelajar Harvard Boikot Keluar Dewan

Video yang tular di media sosial ini telah berjaya mendapat perhatian ramai dari seluruh dunia. Kejadian berlaku di Universiti Harvard apabila puluhan pelajar mereka bertindak keluar dewan ketika giliran duta Israel itu berucap. Dani Dayan, duta Israel yang diminta untuk memberikan ucapan beliau di majlis tersebut.

Baru sepatah dua diucapnya, pelajar-pelajar mengangkat tangan dan berdiri sambil keluar dewan. Mereka keluar tanpa berkata apa-apa dan hanya memegang sepanduk bertulis “penempatan haram adalah satu bentuk jenayah perang.”

Advertisement

pelajar harvard
Ada segelintir pelajar yang tetap berada di dalam dewan tetapi hampir majoriti dari kerusi dewan telah pun dikosongkan. Duta Israel itu diminta memberikan ucapan tentang ‘strategi sah penempatan Yahudi’.

Walaupun malu dengan apa yang berlaku. duta itu terpaksa ‘menebalkan muka’ dan meneruskan ucapannya seperti biasa. Biarpun dewan itu sudah hampir kosong selepas pelajar-pelajar itu keluar dewan.

Protes yang dilakukan ini mendapat perhatian ramai dan memuji tanda sokongan mereka atas tindakan rejim Zionis itu. Selepas insiden ini tular, Dani Dayan turut memberikan respon beliau atas apa yang berlaku di laman Twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...