Video yang tular di media sosial ini telah berjaya mendapat perhatian ramai dari seluruh dunia. Kejadian berlaku di Universiti Harvard apabila puluhan pelajar mereka bertindak keluar dewan ketika giliran duta Israel itu berucap. Dani Dayan, duta Israel yang diminta untuk memberikan ucapan beliau di majlis tersebut.
Baru sepatah dua diucapnya, pelajar-pelajar mengangkat tangan dan berdiri sambil keluar dewan. Mereka keluar tanpa berkata apa-apa dan hanya memegang sepanduk bertulis “penempatan haram adalah satu bentuk jenayah perang.”

Walaupun malu dengan apa yang berlaku. duta itu terpaksa ‘menebalkan muka’ dan meneruskan ucapannya seperti biasa. Biarpun dewan itu sudah hampir kosong selepas pelajar-pelajar itu keluar dewan.
Protes yang dilakukan ini mendapat perhatian ramai dan memuji tanda sokongan mereka atas tindakan rejim Zionis itu. Selepas insiden ini tular, Dani Dayan turut memberikan respon beliau atas apa yang berlaku di laman Twitter.