(VIDEO) “Dulu Saya Pernah Kerja Club” – 3 Tahun Menghilang, Nonny Nadirah Kini Kembali Ke Dunia Hiburan

Hiburan

(VIDEO) “Dulu Saya Pernah Kerja Club” – 3 Tahun Menghilang, Nonny Nadirah Kini Kembali Ke Dunia Hiburan

Agak lama menyepikan diri dari industri hiburan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah akhirnya ‘come back’ dan berkongsi perkembangan terkininya buat peminat di luar sana.

Lama berehat dan ‘mencari diri sendiri’, Nonny berkata dia sudah tiga tahun tidak keluar bersosial dan kini kembali lebih bersemangat.

Advertisement

Nonny yang ditemu bual oleh YouTube Hijabista, kehilangannya selama ini adalah untuk mendalami ilmu agama dan mencari arah tujuan sebenar hidup.

Dulu Nonny tak tahu, saya tak ada asas agama yang betul menyebabkan saya keluar dengan soalan-soalan pelik.

Saya cuba cari orang sekeliling yang terbaik kerana saya bukan datang daripada latar belakang yang baik.

Tambahnya lagi, pengalaman hidupnya yang datang daripada keluarga bercerai berai turut mempengaruhi kehidupannya dahulu.

Saya daripada keluarga yang bercerai-berai, hidup berasingan dengan keluarga. Saya dulu pernah kerja dekat ‘club’.

Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni tanpa ada panduan yang betul. Apa yang saya rasa nak buat, saya buat.

Ujar Nonie, penghijrahan untuk berhijab adalah satu pengorbanan yang besar dan memerlukan semangat yang kuat.

Bekas peserta Akademi Fantasia ini juga bersyukur didekati oleh keluarga dan sahabat yang sentiasa membantu untuk membimbing dirinya.

Terdahulu, Nonie pernah dilanda kontroversi berpakaian seksi dan tidak lagi bertudung di Instagram setelah putus kasih bersama pelakon, Niezam Zaidi.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nadia Brian
1 year ago

"Cukuplah Kukuh Tiang Agama" - Nadia Brian Kongsi Soal Jodoh, Tak Letak Kriteria Tinggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...