Lumrah kalau ada anak kecil pasti ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati.
Dan pastinya, mereka dengan kedai permainan seperti ‘aur dengan tebing’, mesti akan berhenti sekejap dan mulalah aksi memujuk ibu bapa masing-masing untuk membeli apa yang mereka inginkan itu.
Sebagai ibu bapa pastinya kita ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak tapi kadang-kala apa yang dibeli itu hanyalah pembaziran semata-mata dan barang mainan pula mahal-mahal belaka.
Perkongsian seorang individu di TikTok ini mungkin boleh memberi sedikit panduan kepada anda yang ingin mengalih perhatian anak buat seketika jika lalu di hadapan kedai mainan.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat mendukung anak perempuannya itu dan berlari sambil menutup mata kanak-kanak itu.
Kelihatan terhibur dengan tindakan bapanya itu, sudah pasti si bapa pun ‘menarik nafas’ lega kerana tidak di’pow’ untuk membeli mainan baru!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan ada juga yang meluahkan hasrat untuk menggunapakai tips yang sama jika situasi itu berlaku kepada mereka.
Malah, ada juga yang berkongsikan tips masing-masing seperti menolak stroller anak atau troli laju-laju, pusing arah jalan yang lain dan sebagainya.
Comel je kan!