(Video) Dua Lelaki Menyerang Pekerja Hotel, Dipukul Bertubi-Tubi Ketika Bertugas

Trending

(Video) Dua Lelaki Menyerang Pekerja Hotel, Dipukul Bertubi-Tubi Ketika Bertugas

Video yang dikongsikan di Facebook ini menunjukkan rakaman CCTV di sebuah hotel terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki bertindak menyerang seorang pekerja hotel yang sedang bertugas di kaunter.

Video berdurasi dalam dua minit itu menunjukkan pekerja hotel itu diserang secara tiba-tiba dan dipukul oleh kedua individu itu. Walaubagaimanapun, punca sebenar serangan masih belum diketahui.

Advertisement

Di dalam video yang dikongsikan, petugas hotel itu sedang melakukan kerja di sebalik kaunter hotel. Dua lelaki tersebut bertindak memasuki ruangan itu dan memukul petugas hotel walaupun cuba ditenangkan oleh petugas itu.

Lebih memburukkan lagi, pelbagai objek dilemparkan kepada petugas hotel tersebut.

lelaki serang pekerja hotel

Punca sebenar kejadian masih lagi belum diketahui namun video rakaman CCTV ini telah pun tular di media sosial. Rata-rata netizen turut memuji kesabaran pekerja hotel ini walaupun telah diserang secara tiba-tiba.

Baru-baru ini, tular video seorang wanita hamil dipukul bertubi-tubi oleh seorang anti Islam. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Wanita Hamil Dipukul Bertubi-Tubi Oleh Lelaki Anti Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...