Sebelum ini, tular mengenai seorang wanita dikenali sebagai Fenny Alberti yang terpaksa menanggung kesakitan selepas baru sahaja melahirkan anak pertama pada 17 Ogos 2022 lalu secara pembedahan Czer namun disahkan hamil.
Menerusi video tersebut, Fenny dilihat sarat mengandung 8 bulan menderita apabila mengalami kesukaran berjalan dan masalah tulang pinggul.
Bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang rasa bimbang orang ramai kerana wanita itu masih belum pulih daripada pembedahan Czer anak pertama.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang menasihati agar pasangan suami isteri itu menjadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk membuat perancang kehamilan anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.