Baru sahaja berusia 13 tahun, anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B cukup bertuah sekali apabila beliau dapat memiliki sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLK berharga setengah juta.
Menerusi akaun Instagram DSV, beliau ada memuat naik beberapa video menunjukkan Cik B begitu teruja mencuba kereta baharunya itu. Terdahulu, Cik B memberitahu beliau inginkan sebuah kereta Mustang sebagai hadiah harijadinya tetapi DSV memilih untuk menghadiahkannya Mercedes terlebih dahulu.
Namun, rata-rata netizen berpendapat jutawan kosmetik itu terlalu memanjakan anaknya sehingga sanggup, memberikan kebenaran untuk Cik B memandu kereta tersebut sedangkan anaknya itu masih dibawah umur dan tidak mempunyai lesen.