Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Drama Nur 2 Akan Ditayangkan Malam Ini

Drama fenomena yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin iaitu Nur 2 akan mula ditayangkan malam ini menerusi slot Samarinda di TV3 pada jam 10 malam.

Advertisement

Ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui sambungan kisah Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle dan juga Nur lakonan Amyra Rosli.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram, debaran kian terasa apabila kehadiran pelacur bernama Juwita lakonan Azar Azmi menguji kesetiaan Ustaz Adam pada isterinya. Mampukah Ustaz Adam menahan godaan Juwita?

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan  Riena Diana. Sama-sama kita nantikan episod pertama malam ini, memang tidak sabar untuk ketahui apa lagi konflik yang bakal berlaku dalam Nur 2.

Kredit Video : TV3 Malaysia & Radius One Sdn Bhd

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Rin

    April 2, 2019 at 5:36 pm

    Patot lah drama ni di reject nelydia senrose saat di tawarkan belakon kemaren, rupanya ade babak macam tu

  2. Anonymous

    April 2, 2019 at 5:23 pm

    tgok teaser pun mcm xminat nak follow dah.. ni semua kejar rating je.. plot cite makin menyakitkan hati

  3. Anonymous

    April 2, 2019 at 5:19 pm

    mula dah mengarut drama nur ni.. semata nk kejar rating.. yela nur 1 dlu kan meletup.. mls plak nk follow cite nie… buat sakit hti je nanti

    • Anonymous

      April 2, 2019 at 11:02 pm

      Jgn tgk ngeng

  4. black maria

    April 2, 2019 at 12:11 pm

    lol..scene ape tu makan askrim ke???daring na citer melayu la ni…

    • Anonymous

      April 2, 2019 at 12:18 pm

      pada byangan kita mcm tulah…walaupun tidak…

  5. kaknam

    April 2, 2019 at 11:31 am

    makin tak senonoh citer melayu

Loading...
To Top