Resam hidup bekeluarga, mestilah kena ada hiburan kan? Selain dapat menghidupkan suasana, hubungan kekeluargaan pun akan jadi lebih akrab.
Begitulah yang terjadi kepada keluarga kecil perkongsian wanita ini yang menunjukkan gelagat suami dan anaknya yang sedang berduaan di meja makan.
Nak dijadikan cerita, si ayah ini berpura-pura menangis di hadapan anaknya itu kononnya kakinya sakit dipijak anaknya. Yang buat lagi terhibur tu, bila ayah mula teriak sampai tekupkan muka ke meja lagi.
Terkejut dengan tindakan ayahnya itu, si anak yang dikenali Dekwan ini turut sama melalak tanpa sebab. Bukan biasa-biasa punya teriak tau. Memang kuat drama ya, haha!
Bila tengok balik video tu, memang terhibur habis tengok memek muka si ayah tu. Macam mana lah anak tak menangis kan? Tapi si anak pun sama berdrama rupanya, bapak borek anak rintik katakan.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memang tak boleh tahan dengan gelagat dua beranak tu. Bukan apa, sudah la ayah kuat sakat, ketawa si ibu yang merakam pun naik sama. Patutlah si anak pun jadi teriak!
“Pak sakan sakat, mak sakan tukang gelak besar ha!”
Adoi, macam-macam kan. Semoga korang semua terhibur lah ya.